sedikit note peta,kompas n navigasi HBU115

Definasi peta

Gambarajah permukaan bentuk muka bumi yang diambil dari pandangan udara dan dikeluarkan oleh jabatan pemetaan Malaysia.

Jenis-jenis peta
1. Peta topografi
2. Peta atlas
3. Globe

Kegunaan peta
1. Membolehkan seseorang mengetahui keadaan muka bumi dari satu tempat ke suatu tempat.
2. Mambolehkan memahami maklumat dalam peta.
3. Untuk menyenangkan dan membantu kita menjalankan tugas.
4. Amat berguna jika sesat.

Anatomi Peta

Sheet number
Ia juga dipanggil nombor helaian peta. Setiap peta mempunyai nombor helaian yang berbeza yang menunjukkan lokasi yang berbeza dan bersambung dengan nombor helaian yang lain.

Tajuk Peta
Menunjukkan kawasan yang di tunjukkan oleh peta. Contohnya, Lembah Kelang. Ia berada di bahagian atas tengah peta.

Skala
Skala menunjukkan nisbah jarak didalam peta dengan jarak sebenar di muka bumi. Ia berada di bahagian bawah peta.

Petunjuk
Petujuk tanda-tanda didalam peta terdapat bahagian bawah peta. Ia bertujuan untuk memudahkan anda membaca peta. muka bumi).

Garisan Grid
Garisan grid adalah garisan yang terdapat pada peta ynag digunakan untuk menentukan lokasi tempat. Garisan grid dibahagikan kepada dua iaitu garisan Utaraan dan garisan Timuran. Garisan Utaraan ialah garisan melintang manakala garisan Timuran ialah garisan yang menegak.

Penunjuk utara peta
Penunjuk utara menunjukkan utara peta. Ia berada dibahagian kanan atas peta.

Penjagaan peta
Peta adalah terhad dan susah didapati. Oleh itu, kita mesti menjaga peta sebaik mungkin. Berikut adalah cara-cara penjagaan peta:
1. Letakkan peta dalam map cover. Jangan biarkan ia terdedah kepada udara dan kelambapan kerana ia akan merosakkan peta.
2. Jangan duduk diatas peta.
3. Elakkan melipat peta. Ia akan menghilangkan tanda-tanda yang terdapat pada peta. Tetapi jika anda tepaksa melipat peta pastikan garisan lipatan adalah pada garisan grid peta. Ini mengelakkan tanda-tanda penting yang terdapat pada peta hilang.
4. Jangan menconteng terus pada permukaan peta. Perkara akan menyebabkan tanda-tanda yang terdapat diatas peta tidak kelihatan. Jika anda ingin membuat tanda diatas peta maka anda dicadangkan untuk membuat tanda diatas alas lutsinar seperti map cover.
5. Elakkan peta dari terkena air.

Setelah anda mengetahui anatomi peta dan tahu cara menjaga peta, maka barulah anda boleh belajar cara untuk membaca peta.

Membaca kedudukan
Terdapat dua cara untuk membaca kedudukan sesuatu objek didalam peta, iaitu menggunakan system bacaan grid empat angka dan bacaan grid enam angka. Contoh bacaan grid empat angka ialah 5198 manakala contoh bacaan enam angka ialah 513985. Bacaan enam angka adalah lebih tepat untuk memberitahu lokasi sesuatu tempat. Bacaan enam angka sebenarnya ialah pecahan dari bacaan grid empat angka. Cara bacaan ialah dengan membaca garisan grid Timuran dahulu diikuti bacaan grid Utaraan.

Untuk menyenangkan anda membaca dan menggunakan peta, alat tambahan seperti protractor dan kompas perlu digunakan.

Protractor
Protractor ialah alat yang digunakan untuk mencari sudut dari satu lokasi ke satu lokasi lain didalam peta. Ia juga boleh digunakan untuk mencari kedudukan lokasi lain jika sudut diberikan. Bacaan protractor adalah dalam mile atau darjah. Bacaan mile bemula dari 0 hingga 6400 mil manakala bacaan darjah pula dari 0 hingga 360 darjah. Pada setiap protractor terdapat seutas benang. Benang ini digunakan untuk menyenangkan kita mendapatkan sudut.

Penjagaan protractor
1. Pastikan garisan yang terdapat pada permukaan protractor tidak tertanggal.
2. Pastikan benang sentiasa terikat pada protractor.
3. Jangan hempaskan protraktot kerana ia senang patah.

Kompas
Kompas ialah alat yang digunakan untuk mencari arah dan mendapatkan sudut sesuatu objek. Untuk mempelajari kompas anda perlu mengenal anatomi kompas terlebih dahulu. Terdapat dua jenis kompas yang sering digunakan iaitu kompas prismatic dan kompas protractor. Jadi anatomi bagi kedua-duanya adalah berbeza. Namun, terdapat juga beberapa persamaan bagi kedua-duanya.

Penjagaan kompas
1. Jangan henpaskan kompas kerana ia akan merosakkannya.
2. Ketika menggunakan kompas, pastikan tiada objek besi berdekatan kerana ia akan menyebabkan bacaan anda menjadi ralat. Malah, jam tangan juga akan memesongkan jarum kompas.
3. Sekiranya terdapat gelembung udara didalam kompas maka kompas itu sudah tidak sesuai lagi digunakan kerana ia telah rosak.
4. Jangan ketuk kompas.
Sama seperti protractor, kompas juga mempunyai dua bacaan iaitu bacaan sudut dalam darjah dan bacaan sudut dalam mil. Bacaan mil bemula dari 0 hingga 6400 mil manakala bacaan darjah pula dari 0 hingga 360 darjah. Namun bagi kompas bacaan mil, anda perlu menambah sendiri angka 00 bagi setiap sudut yang anda dapat untuk dibaca kerana pada kompas ini bacaan hanya dalam dua angka sahaja. Contohnya jika bacaan dalam kompas menunjukkan angka 20 maka anda perlu menambah angka 00 menjadi 2000 mil. Kompas digunakan untuk mendapatkan sudut sesuatu objek dari kedudukan anda dan ia juga digunakan untuk mencari objek apabila sudut objek tersebut diberi bersama-sama jarak. Selain itu, kita boleh menggunakan kompas untuk menyamakan utara peta dan utara bumi, back bearing dan mengelak halangan menggunakan kompas.
Kemahiran-kemahiran ini amat berguna jika tidak terdapat jalan hutan atau denai yang anda boleh lalui untuk sampai ke destinasi anda dan lebih berguna lagi jika anda telah sesat didalam hutan dengan syarat anda mesti ada peta bersama anda.

P/S:nnt sy upload gambarajah n label skali k..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: